Sunday, April 17, 2011

Masalah Saya Yang Saya Tidak Ceritakan Kepada Ibu Bapa

Kamu mungkin mempunyai masalah peribadi yang kamu tidak dapat kongsi sama dengan ibu bapa kamu. Cuba ceritakan apakah masalah peribadi yang kamu hadapi itu. Kemudian, ceritakan kepada siapa kamu selalu meluahkan masalah kamu itu dan bagaimana caranya kamu menyelesaikannya.


Saya ada masalah mengenai buli di sekolah saya.Dia selalu mengambil duit sekolah saya.Budak itu ialah murid darjah 6.Saya tidak memberitahu masalah ini kepada ibu dan bapa saya.Saya cuma memberitahu masalah saya kepada kawan baik saya,Shahrudin.Dia boleh dipercayai dan selalu menasihati saya.Saya takut untuk memberitahu ibu dan bapa saya.Nanti,buli itu akan kacau saya lebih lanjut.Shahrudin hendak memberitahu guru saya tentang hal peribadi saya,saya tidak setuju dengan keputusan yang dia telah buat itu.Shahrudin tidak peduli,dia terus beritahu guru saya.Guru saya simpati akan saya,dia menelefon ibu dan bapa saya untuk bincang masalah saya.Guru saya memanggil murid darjah 6 yang sering buli saya.Pembuli itu menyesal kerana membuli saya.Dia meminta maaf dan menjadi kawan saya.Itulah masalah saya yang saya tidak boleh memberitahu ibu dan bapa saya.

1 comment: